Bagi menarik rezeki dengan mudah, kita perlu memberi atau membuat sesuatu dengan sepenuh hati.
Sebagai contoh , pada hari ini ramai yang buat post di media sosial 5 x sehari sebab dah dengar dari seminar. Makanya post itu dibuat tergesa-gesa dan tak berkualiti. Ini menyebabkan post itu tidak diminati dan tidak dishare.
Bila kita buat post dengan sepenuh hati walau ambil masa, walaupun kita hanya buat post sehari sekali, maka itulah yang akan menarik rezeki.
Post yang anda hasilkan itu berkualiti dan memberi impak kepada orang ramai kerana anda buat dari hati.
Caranya adalah disiplin diri, setiap hari bagi waktu fresh contoh sejam untuk berfikir dan menulis untuk menghasilkan post tersebut.
Niatkan post itu untuk share sesuatu yang baik kepada orang ramai bukannya untuk menjual sesuatu.
Satu lagi jadikan posting @ penulisan itu sebagai hobi atau passion anda bukannya sesuatu yang anda terpaksa buat sebab nak dapat duit.
Satu lagi niatkan juga anda menulis ini adalah untuk diri sendiri. Untuk mencatat sesuatu yang penting untuk peringatan diri jua.
Satu lagi penulisan ini adalah satu seni macam penyanyi,pelukis, photographer dan lain-lain. Jadi, silah happy dengan jadi seniman ini.
Itulah sahaja tip motivasi saya hari ini kepada usahawan-usahawan asea redox sekalian