Kali ini saya ingin berkongsi tip mengelakkan sifat-sifat negatif yang mempengaruhi kehidupan dan bisnes kita. Ramai tidak berjaya oleh kerana mereka mempunyai sifat-sifat ini. Caranya adalah kita mengamalkan doa di bawah bukan sahaja dengan membacanya malah mengamalkan dan menghayatinya dalamkehidupan sehari-hari;
Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Keterangan:
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.
Daripada doa diatas terdapat 5 point penting untuk dihayati dalam bisnes kita..
aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita
Selalu berkeadaan keluh kesah dan dukacita memberi aura yang negatif dalam hidup kita.Dengan ini kita tidak dapat menarik orang ramai hampir dengan kita. Sekiranya kita sentiasa tenang dan ceria ramai orang akan suka berurusan dengan kita.
aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas
Segalanya bermula dengan kemahuan. Sejauh mana kekuatan kemahuan kita akan mendorong kepada betapa kuatnya pengorbanan dan usaha yang bakal kita lakukan.Jika lemahnya kemahuan, usaha pun lemah. Ada juga yang kuat kemahuan dan setap hari berangan-angan mahu hidup mewah, kereta mewah dan sebagainya tetapi masalahnya mereka ada sifat malas. Orang yang malas tidak akan berjaya. Orang yang mahu dan rajin berusaha, kejayaanlah yang menanti mereka. Lihatlah matahari, setiap hari memancarkan cahaya tanpa meminta balasan. Begitu juga makhluk-makhluk lain rajin berusaha untuk memberi manfaat orang lain. More you give, more you will get.
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut
Sifat penakut adalah musuh kejayaan.Untuk berjaya, kita perlu berani. Masalahnya pada hari ini ramai yang berani dan tidak malu berbuat jahat,tetapi penakut dan malu untuk berbuat baik. Ramai juga orang yang bersifat kedekut sedangkan mereka tidak tahu bahawa semakin banyak mereka memberi, semakin banyak akan diterima. Lihatlah Tan Sri Mokhtar Bukhari, sabab hari semakin kaya. Bermula dengan keuntungan kecil , beliau telah mula memberi dan bersedekah, apa yang berlaku? Beliau menjadi semakin kaya malah antara yang terkaya.
aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia
Dalam bisnes kita tidak dapat lari dari bebanan ianya amat berat rasanya di kepala. Moga-moga Tuhan memberi kita jalan untuk bebas dari tekanan hutang. Walaupun ada hutang tetapi tiada tekanan langsung untuk membayarnya setiap bulan. Dan akhir sekali kita berlindung dari kezaliman manusia ke atas diri kita, Insya Allah kita akan berjaya.tq
I\’m truly enjoying the design and layout of your website.
It\’s a very easy on the eyes which makes it much more
enjoyable for me to come here and visit more often. Did you
hire out a developer to create your theme? Outstanding work!