Tip dari Usahawan MLM Berjaya

Alhamdulillah pada hari Khamis  , saya berkesempatan belajar secara live dengan Puan Deni Robinson, antara top agen industri ini. Antara tip yang penting yang saya dapat adalah:

Kita hanya perlu sharing tanpa libatkan emosi di dalamnya. Beliau memberi contoh pramugari dalam flight, apabila membawa makanan dan minuman untuk dijual, pramugari akan pergi membawa makanan dan tanya kepada setiap penumpang adakah yang mahu beli. Ini berlaku tanpa libatkan emosi. Ada tak anda nampak pramugari tu apabila orang tak mahu beli dia pergi kat belakang dan sedih dan mengadu kepada pilot bahawa ada sorang mamat tu tak nak beli makanan? Adakah itu berlaku? Langsung tak berlaku! Pramugari akan terus pergi kepada penumpang demi penumpang. Siapa tak nak beli, next..sebab ada yang nak beli. Tugas pramugari just bagi offer kepada setiap penumpang. Bila banyak offer dibuat, maka adalah pembeli.

Samalah konsep bisnes amway ini kita just jumpa ramai orang untuk offer tentang produk dan bisnes amway tanpa libatkan emosi. Bila banyak offer dibuat, maka adalah pembeli. Persoalannya berapa banyak offer anda dah buat?

Deny juga mencadangkan agar kita beli buku “Activity Log Book” di amazon yang berharga 9 dollar untuk merekod aktiviti yang dibuat.

 

Selamat berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.