Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan yang saya dengar di dalam conference hari ini.
Kisah seekor anjing yang dibela oleh sepasang suami isteri yang telah tua di sebuah tempat luar bandar di Amerika. Setiap pagi, suami isteri ini yang telah berumur ini duduk di atas kerusi rotan di beranda depan rumah sambil menggerak-gerakkannya.
Si suami duduk menggoyangkan kerusi sambil menatap akhbar yang jualannya semakin menurun kerana perubahan teknologi dan syarikat akhbar tersebut baru membuang ramai pekerja. Si isteri pula duduk di sebelah sambil minum teh dan bercakap-cakap kepada suaminya tentang hal anak menantu dan cucu sambil suaminya mengiyakan sahaja malas menjawab.
Pada pagi tersebut, lalulah seorang lelaki bernama Jim jiran baru pasangan tersebut berjalan melalui hadapan rumah mereka untuk ke tempat kerja yang tidak jauh dari kawasan rumah mereka. Tiba-tiba Jim mendengar anjing di luar rumah milik pasangan berumur tersebut seperti mengerang seolah-olah kesakitan.
Jim menoleh kepada pasangan tersebut seperti mahu bertanya, kenapa anjing mereka mengerang seperti kesakitan? Tapi bila melihat pasangan tersebut seolah-olah tidak mendengar bunyi anjing tersebut, Jim berfikir kenapa pasangan ini tidak ambil peduli keadaan anjing tersebut. Tapi Jim tidak jadi bertanya dan meneruskan langkahnya.
Pada esok harinya, Jim melintas lagi di hadapan rumah pasangan tersebut dan pasangan tersebut sedang menggoyang-goyangkan kerusi malas mereka dan tiba-tiba Jim mendengar anjing milik mereka mengerang lagi seolah-olah sedang dalam kesakitan.
Langkah Jim terhenti seketika, dia ingin bertanya kepada isteri pasangan tersebut kenapakah anjing tersebut mengerang seolah-olah kesakitan, namun Jim tidak jadi bertanya memandangkan dia perlu sampai awal ke tempat kerjayanya pagi tersebut. Tapi Jim nekad mahu bertanya keesokan harinya kepada pasangan tua pemilik anjing tersebut tentang anjing mereka jika anjing tersebut masih mengerang kesakitan.
Pada hari ketiga dan terakhir, ketika Jim lalu depan rumah mereka, dia dapati pasangan tersebut tetap sedang duduk bergoyang di atas kerusi malas sambil minum kopi dan baca akhbar, sementara anjing tersebut sedang mengerang seolah-olah dalam kesakitan. Dan Jim harian kenapa pasangan tersebut seolah-olah mengabaikan atau membiarkan anjing tersebut dalam kesakitan?
Lalu Jim membuka mulut bertanya kepada isteri pasangan tersebut, kenapa seolah-olah mereka tidak kisah dengan anjing tersebut atau seperti tidak dengar anjing mereka seperi mengerang kesakitan.
Lalu isteri pasangan ini menjawab- Tak apa nak! Anjing ini dah bertahan sakit gigi kirinya sekian lama dan anjing ini sakit tapi masih boleh duduk bermalas-malasan, itu bermaksud kesakitan anjing itu belum sampai tahap yang terlalu sakit sehingga anjing tersebut tidak mampu lagi duduk tetapi perlu berdiri dan menyalak untuk menunjukkan kesakitan ia, jawab isteri pasangan tua ini.
Jika ia sakit sangat, pasti anjing ini akan bangun dan menyalak menjerit untuk menunjukkan ia dalam kesakitan serta berusaha untuk mengurangkan sakitnya! Faham?
Maksudnya, kadang-kadang ada sesetengah dari kita yang berada dalam keadaan susah, tertekan dengan pelbagai cabaran atau kesusahan hidup atau kewangan, kita tahu dan sedar diri ada banyak masalah tetapi tetap rasa “selesa” dengan hidup mereka sambil “mengerang” komplen tentang hidup mereka serta menyalahkan orang lain. Tapi tetap mereka tidak mahu bergerak dan berubah memperbaikinya. Masih rasa malas, ego, sombong menahan kesakitan seperti anjing tersebut. Kenapa? Sebab kita rasa tekanan “kesakitan” kewangan, cabaran perniagaan yang kita hadapi belum cukup “sakit” untuk kita lakukan perubahan dan tindakan luar biasa untuk merubahnya.
Jika hidup kita susah, jangan terus menerus terima keadaan tersebut.
Saya percaya, setiap manusia berhak bangkit untuk bina hidup yang lebih baik untuk berikan lebih baik lagi kepada orang yang kita sayangi serta memberi manfaat kepada ramai orang lain.
Tuhan tidak akan jadikan kita tanpa sebab dan sia-sia.
Setiap orang berbeza tapi saya percaya setiap proses cabaran, kekecewaan, kekeliruan, tekanan yang diberikan kepada kita, pasti kerana Dia tahu kita mampu melaluinya dan Dia mahu kita lebih kuat dan hebat dari sebelumnya.
Di dalam diri kita ada tenaga yang amat luar biasa, tenaga yang akan bangkit hanya bila kita ditekan dan lebih baik ialah apabila kita kita sendiri menekan atau push diri kita untuk merubahnya!
Sampai bila nak teruskan hidup biasa-biasa dengan keadaan yang sama, tahap kewangan yang sama dan semakin hari semakin tertekan serta menderita?
Kami sedang mencari mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup dan kewangan serta menguasai potensi diri mereka untuk mencapai impian mereka.
Anda kenal sesiapa yang benar-benar mahu tingkatan dan ubah hidup mereka? Jom bangkit sertai kami dalam bisnes asea redox dan anda berpotensi menjadi the next millionaire!