Orang lain di luar sana mungkin merasakan ini topik asas dalam perniagaan, tapi sebenarnya ramai orang tak tahu dengan jelas tentang produk masing-masing. Dan disebabkan ini, banyak perniagaan yang ranap dan tak tahan lama.
Masih ramai peniaga di luar sana yang sibuk nak jual macam-macam produk, menawarkan macam-macam perkhidmatan sedangkan mereka sendiri tak faham. Dan ramai yang berhenti di tengah jalan. Jika mereka fokus pada kekuatan satu produk yang ada, dan mereka tahu nak ‘highlight’ kan kekuatan produk secara ‘laser focus’ tepat kepada sasaran, kemungkinan masalah ini boleh diselesaikan. Dan tak perlu nak buang masa dan restart semula perniagaan anda. Anda pun tak perlu nak jual macam-macam produk lain yang belum tentu dapat dikawal baik. Faham faham?
Sebagai contoh, seperti sebuah bisnes yang terlibat dengan produk kesihatan. Ada beribu penyakit di dunia tetapi jika anda fokus kepada satu sahaja seperti sakit lutut, dan anda tahu berapa besar pasaran orang sakit lutut di kawasan berdekatan, kawasan dengan 10 km radius dari tempat anda, dan di seluruh Malaysia, memang tak cukup kaki tangan dibuatnya. Tambah pening lagi, anda pulak tahu bagaimana mahu sampaikan mesej dengan paling berkesan kepada mereka, dah tentu anda usahawan yang paling sibuk dan boleh mengalahkan Menteri! Amacam? Dapat sesuatu?
Anda tahu jenama Rolls Royce? Haa kenderaan mereka ini hanya dijual untuk orang tertentu sahaja sehinggakan nak ‘test drive’ pun perlu buat permohonan dan ada sesi soal jawab terlebih dahulu.
Kenapa? Kerana mereka faham dengan jelas apa produk mereka, siapa yang sepatutnya jadi pelanggan mereka dan orang macam mana yang mereka mahu jadi pelanggan mereka. Bukan setakat terkam semua manusia yang bernyawa je!
Menurut kajian Statista.com di Amerika Syarikat pada 2019, satu kajian telah pun dijalankan ke atas syarikat-syarikat besar. Dan hasilnya, sejumlah USD 11 juta telah diperuntukkan untuk membuat kajian dan penentuan tentang produk oleh syarikat besar ini. Ini bermakna, mereka sangat pentingkan maklumat tentang produk dan sanggup berbelanja besar untuk lakukan kajian terperinci ini. Tapi kita? Masih lagi nak main teka-teki?
Apa yang anda perlu lakukan adalah, jangan lagi hanya duduk melihat kejayaan syarikat orang lain saja, lakukan tindakan segera. Faham produk anda, master produk anda supaya orang lebih kenal produk anada. Dan biarlah produk anda sentiasa menjadi bualan di bibir-bibir orang sekeliling anda. Jangan sibuk hal yang tidak berfaedah tapi sebaiknya, perkemaskan langkah anda untuk perkenalkan produk anda hingga orang mula percaya dengan produk yang anda niagakan itu.
Semoga catatan ini membantu anda mula fikirkan tentang produk anda, dan ini hanya sebahagian kecil dari apa yang dikongsikan. Fikir-fikirkan langkah anda seterusnya! Jangan hanya mendongak langit dan menunggu bulan jatuh ke riba sahaja.
Dalam bisnes Susu C2joy anda perlu fokus dan kaji kekuatan produk dan gunakan kekuatan itu untuk promosi kepada pelanggan yang memerlukan di luar sana