Hari ini saya mahu berkongsi marketing plan Bonus Fast Start dalam bisnes asea redox ni . Bonus ini anda akan dapat bila menaja orang. Ada 3 pakej untuk orang menyertai bisnes in iaitu 150pv, 400pv dan 800-900pv.
Bila anda menaja orang join 150 pv, anda akan dapat RM126
Pakej 1 (150 pv) : 20 % daripada 150pv= 30 usd ( 4.2)= RM126
Bila anda menaja orang join 400 pv, anda akan dapat RM336
Pakej 2 (400 pv) : RM336
Bila anda menaja orang join 800-900 pv, anda akan dapat RM756
Pakej 3 (800 pv) : RM756
Untuk melayakkan anda dapat bonus ini, anda perlu rajin menaja.Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic – hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA dalam asea redox telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan “resipi kejayaan”, barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh”dam” atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.
Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi – membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya – hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor.Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !
Gagal atau Berjaya Dalam bisnes asea redox ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.
Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya.Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi, dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.