Dalam bisnes amway, sikap yang perlu kita hindari adalah sikap cuai. Cuai menurut kamus dewan mempunyai beberapa maksud. Pertama, tidak hati-hati dalam membuat sesuatu, lalai dan abai. Contoh ayat: orang yang menjaganya cuai, sebab itu budak-budak itu jahat belaka. Cuai juga bermaksud tidak penting, tidak mustahak dan tidak berharga.
Jadi, kita tidak boleh mencuaikan bisnes Amway ini dengan merasakan bisnes dan produk Amway ini penting, mustahak dan berharga untuk hidup kita dan orang lain. Mencuaikan menurut kamus dewan adalah mengabaikan,melalaikan , tidak mengendahkan(tugas, pekerjaaan , dll). Contoh ayat: rumah tangga yang dicuaikan kerana berkhidmat kepada tanah air. Kedua, ia bermaksud menganggap tidak penting(tidak berharga, rendah dll).
Kita tidak berjaya dalam bisnes amway kerana kecuaian diri kita sendiri. Kecuaian bermaksud perihal cuai, kelalaian. Contoh ayat: Nahas itu berlaku kerana kecuaian pemandu lori itu
Pencuaian dalam melakukan aktiviti pemasaran dalam amway ini boleh mendatangkan kerugian. Pencuaian bermaksud perihal mencuaikan dan pelalaian. Contoh ayat: Pencuaian perintah itu boleh menimbulkan masalah.
Jadi, kesimpulannya, dalam hidup ini kita tidak boleh cuai dengan berhati-hati dalam membuat sesuatu dengan merasakan perkara yang kita sedang buat itu penting, mustahak dan berharga. Kita tidak boleh buat kerja sambil lewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Kita boleh ambil contoh dari syarikat amway sendiri yang melakukan kerja penuh hati-hati dan teliti untuk menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti. Jadi, kita sebagai usahawan amway juga perlu berhati-hati dan teliti dalam tugas kita memasarkan produk dan bisnes amway ini.