Berapakah Target Pendapatan Anda Dalam Amway

Video di atas adalah berkenaan target income saya dalam company sebelum ini dan gambar di atas adalah target income saya dalam company Amway. Kita tidak perlu malu dengan target kecil di peringkat permulaan kerana itu akan memudahkan kita untuk mencapainya.

Sekiranya kita letak target besar terus kita akan tertekan dan rasa susah mencapainya. Akibatnya kita tidak mengambil tindakan. Sebenarnya konsep bisnes ini adalah mudah. Mula-mula anda perlu menaja 3 orang. Itu satu pencapaian penting . Ia dinamakan satu building block. Seterusnya bantu downline anda mencapai building blok yang sama. Apabila semua rangkaian anda mencapai building blok masing2, maka anda dengan sendirinya akan mendapat income yang besar secara automatik.

Jika ya, tentunya anda akan bertanya soalan di atas.

Kalau anda adalah seorang ketua dalam bisnes MLM, saya pasti anda akan bertanya mengapa tiada aktiviti duplikasi di dalam rangkaian anda.

Tahu tak bagaimana saya tahu perkara ini?

Bisnes pemasaran rangkaian ataupun network marketing beroperasi dengan konsep duplikasi atau duplication.

Duplikasi oleh downline andalah yang membolehkan anda menikmati pendapatan pasif atau passive income.

Malangnya, duplikasi 100% di dalam rangkaian anda adalah satu perkara yang jarang berlaku.

Kebanyakan downline anda mungkin akan duplikasi 50% atau hanya 10% aktiviti-aktiviti anda di dalam business MLM.

Kita tahu, untuk mencari seorang pejuang atau fighter dalam rangkaian, kita terpaksa merekrut berpuluh-puluh downline baru.

Kebanyakan downline anda akan menjadi pengguna produk sahaja.

Cuma sekumpulan yang kecil sahaja yang akan membina perniagaan MLM mereka.

Kalau anda adalah orang baru di dalam industri MLM, anda mungkin berasa sedih apabila anda mengetahui situasi ini.

Mengapakah situasi begini berlaku?

Mengapa setelah anda bertungkus-lumus merekrut agen-agen baru, mereka tidak langsung duplikasi aktiviti dan pengajaran dari sistem syarikat MLM yang anda bekerjasama.

Benda simpel orang senang nak ikut

Nak tahu jawapannya?

Ini berlaku kerana kebanyakan orang yang membina bisnes MLM mencari dan merekrut orang-orang yang salah.

Kebanyak orang tersebut tidak sesuai untuk membina bisnes network marketing.

Mereka cuma adalah pelanggan atau customer sahaja dan bukan seorang pejuang.

Kumpulan ini mungkin berminat dengan potensi pendapatan yang tinggi daripada bisnes network marketing atau potensi menjana pendapatan pasif, tetapi mereka tidak mempunyai kemahuan ataupun desire yang tinggi.

Anda mungkin bertanya, bagaimana anda mencari orang-orang yang betul-betul berpotensi, mempunyai kemahuan yang tinggi dan juga berminat dengan bisnes model MLM?

Kalau anda dapat mencari golongan prospek yang berkaliber tinggi, tentunya mereka akan duplikasi aktiviti-aktiviti anda di dalam rangkaian anda.

Justeru, aktiviti-aktiviti anda untuk merekrut dan mengekalkan downline-downline di dalam rangkaian anda tentunya akan menjadi 10,000X lebih berkesan.

Bagaimana untuk mengetahui individu berkaliber tinggi? Pertama mereka adalah orang yang telah berjaya dalam bisnes atau bidang mereka masing-masing. Mereka berjaya kerana mereka mempunyai mindset dan habit yang betul. Orang inilah yang kita cari! Kesilapan kita adalah kita mencari orang yang desperate, mempunyai masalah kewangan, budak muda yang sekadar mencari kerja kosong! Jadi kita sebenarnya telah membazir masa kita! Sebab itulah Alan Nobel ada pesan kerja menapis prospek ini sangat penting!

Satu lagi kesilapan kita adalah kita desperate mencari orang yang sakit teruk, yang terlantar di hospital, cancer stage 4! Adakah kita mengharapkan mereka tiba-tiba terus sihat dan berlari dan jadi diamond dalam bisnes ini? Amway ni bisnes bukan NGO dan anda baru bermula kenapa melebur duit di peringkat permulaan. Kita dalam industri wellness iaitu kesihatan bukannya industri sickness penyakitan! Jangan cari penyakit! Cari orang sihat yang peka terhadap kesihatan mereka. Sentiasa exercise dan mengambil supplement. Inilah orang berkaliber yang kita cari. Bila kita sibuk cari orang sakit stage 4, duit kita banyak habis dan risikonya apa akan jadi kalau selepas membeli produk kita, tiba-tiba, dia mati? Ke mana anda nak lari? Mungkin anda juga akan syahid! Syahid dalam MLM.

Ini sekadar nasihat saya..jangan terasa hati kerana saya juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Akhirnya saya mendapat kesimpulan. Fokus mencari dan bekerja dengan orang yang berkaliber lebih baik dari anda bekerja dengan 1000 orang yang tidak berkaliber dan desperate. Your business! You choose!

Leave a Reply

Your email address will not be published.