WAJIB Unik & Berbeza Daripada Orang Lain

Rasa down? Income dan bisnes terjejas akibat PKP? Hidup makin tak terurus? Ini nasihat saya untuk anda..

Hidup ini memang ada ‘up & down’ nya, tak kiralah siapa pun kita. Itu lumrah kehidupan. Sebagai manusia, kita tak akan terlepas dari dugaan yang akan muncul dalam hidup kita.
.

Jadi, ini 3 nasihat saya terutamanya kepada usahawan yang tengah down sekarang ini..
.

1) Ingat Balik BIG WHY Anda Mulakan Bisnes.

Dengan bisnes yang anda bina ini, siapa yang anda nak bantu? Keluarga, suami, anak-anak, atau orang lain di sekeliling anda? Tulis dan sentiasa tanam dalam fikiran tentang matlamat anda agar tak putus asa dikala dugaan muncul.
.

2) Jangan Bandingkan Perniagaan Anda Dengan Orang Lain.

Bisnes kita, usaha kita, rezeki kita.. Lain orang, mungkin lain rezekinya. Kita juga tak pernah tahu apa yang mereka lalui sebelum bisnes mereka berjaya.

Jangan sesekali buang masa anda fikirkan bisnes orang lain lagi bagus daripada anda. Yakin yang produk/servis anda adalah yang terbaik untuk bantu selesaikan masalah mereka yang memerlukan
.

3) WAJIB Unik & Berbeza Daripada Orang Lain.

Keadaan dah berubah dan sentiasa akan berubah.. Kalau dulu buat iklan dekat FB, senang sangat nak dapatkan pelanggan. Tapi sekarang agak ‘stuggle’ bukan? Anda terpaksa bersaing dengan ramai orang!

Jadi bukan setakat produk/servis anda sahaja yang kena unik, cara marketing anda pun kena unik! Be creative untuk dapatkan perhatian pelanggan bila anda buat marketing..

Banyakkan belajar daripada mereka yang berpengalaman dalam bisnes. Jangan lakukan kesilapan yang sama sepertimana mereka dah lakukan. Faham?
.

Ingat, ramai orang bukan tak boleh BERJAYA, tapi terlalu cepat berputus asa.. Kita ni kalau dah berniaga, macam mana sekali pun mesti dapatkan target yang kita dah tetapkan..
.

Mungkin tahun ni adalah tahun yang suram bagi anda. Persoalannya, adakah anda dah READY untuk lakukan perubahan dan kembali bangkit pada tahun 2021 nanti?

Jadilah bisnes Susu C2joy sebagai satu platform bisnes yang unik. Kita mempunyai produk yang unik berbeza dengan orang lain. Jadi ini mudah untuk kita memasarkan produk sebab produk kita berbeza dengan lambakan produk di luar sana.

 

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *