Untuk berjaya dalam bisnes monavie perlu bersusah-susah dahulu

Bagi saya, kejayaan ditentukan oleh sejauh mana kita bersusah payah dan berkorban dalam proses membina bisnes monavie ini. Apabila kita melihat orang yang telah berjaya mereka kelihatan agak relax tapi income besar, apa yang kita tidak nampak adalah kesusahan dan pengorbanan yang mereka tempuhi dalam membina bisnes. Samalah seperti kita lihat pokok yang mengeluarkan banyak buah setiap tahun dengan mudah, apa yang kita tidak lihat adalah kesusahan pada peringkat awal menanam buah,

Kita perlu keluar dari comfort zone. Kesenangan membunuh dan kesusahan membina. Semakin gelapnya malam semakin bersinarnya bintang-bintang. Rama-rama yang kita tolong keluarkan dari kepompong akhirnya tidak boleh terbang. Kanak-kanak yang dimanja selalu didukung akhirnya capek tidak boleh berjalan. Arang batu berubah menjadi permata akibat tekanan dan haba yang kuat dalam suasana yang tertentu.

video leader en.Shah Khan Monavie Malaysia

video leader Brig Hart Monavie

Tip Menghilangkan Sifat Malas & Bebanan Hutang

Kali ini saya ingin berkongsi tip mengelakkan sifat-sifat negatif yang mempengaruhi kehidupan dan bisnes kita. Ramai tidak berjaya oleh kerana mereka mempunyai sifat-sifat ini. Caranya adalah kita mengamalkan doa di bawah bukan sahaja dengan membacanya malah mengamalkan dan menghayatinya dalamkehidupan sehari-hari;

Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

 

Keterangan:

 

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

Daripada doa diatas terdapat 5 point penting untuk dihayati dalam bisnes kita..

  • aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita

Selalu berkeadaan keluh kesah dan dukacita memberi aura yang negatif dalam hidup kita.Dengan ini kita tidak dapat menarik orang ramai hampir dengan kita. Sekiranya kita sentiasa tenang dan ceria ramai orang akan suka berurusan dengan kita.

  • aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas

Segalanya bermula dengan kemahuan. Sejauh mana kekuatan kemahuan kita akan mendorong kepada betapa kuatnya pengorbanan dan usaha yang bakal kita lakukan.Jika lemahnya kemahuan, usaha pun lemah. Ada juga yang kuat kemahuan dan setap hari berangan-angan mahu hidup mewah, kereta mewah dan sebagainya tetapi masalahnya mereka ada sifat malas. Orang yang malas tidak akan berjaya. Orang yang mahu dan rajin berusaha, kejayaanlah yang menanti mereka. Lihatlah matahari, setiap hari memancarkan cahaya tanpa meminta balasan. Begitu juga makhluk-makhluk lain rajin berusaha untuk memberi manfaat orang lain. More you give, more you will get.

  • aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut

Sifat penakut adalah musuh kejayaan.Untuk berjaya, kita perlu berani. Masalahnya pada hari ini ramai yang berani dan tidak malu berbuat jahat,tetapi penakut dan malu untuk berbuat baik. Ramai juga orang yang bersifat kedekut sedangkan mereka tidak tahu bahawa semakin banyak mereka memberi, semakin banyak akan diterima. Lihatlah Tan Sri Mokhtar Bukhari, sabab hari semakin kaya. Bermula dengan keuntungan kecil , beliau telah mula memberi dan bersedekah, apa yang berlaku? Beliau menjadi semakin kaya malah antara yang terkaya.

  • aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia

Dalam bisnes kita tidak dapat lari dari bebanan  ianya amat berat rasanya di kepala. Moga-moga Tuhan memberi kita jalan untuk bebas dari tekanan hutang. Walaupun ada hutang tetapi tiada tekanan langsung untuk membayarnya setiap bulan. Dan akhir sekali kita berlindung dari kezaliman manusia ke atas diri kita, Insya Allah kita akan berjaya.tq 

 

Wow Marketing, Apple dan Monavie

Pernahkah anda dengar Wow Marketing.Ini adalah istilah baru diperkenalkan dek penangan syarikat Apple. Bermula dengan 2 Billion Company kini menjadi gergasi dengan 300 Billion company. Menggunakan konsep wow marketing, kesannya adalah seperti berikut;

  • Pengguna beratur untuk membeli apa sahaja produk baru dari apple.
  • Pengguna akan menunjuk-nunjukkan produk apple kepada kawan2nya walaupun apple tidak membayarnya sesen pun.
  • pengguna sanggup membayar berapa sahaja harga yang ditawarkan dan pengguna tidak komen tentang harga produk apple.

Apa yang digunakan apple adalah merekacipta produknya sehingga pengguna yang menggunakannya berkata ‘wow’ dan orang yang melihatnya berkata wow.

 Konsep ini juga digunakan oleh BMW. Oleh sebab itulah orang yang menggunakan BMW tidak kisah dengan harganya asalkan dia berasa wow dan orang melihatnya berkata wow.

Begitu juga dalam monavie. Leader yang berjaya dalam bisnes ini majoritinya adalah leader yang dapat membuatkan wow di hati prospek dan downlinenya. Jadi gunakan konsep ini dalam bisnes anda dan tunggu sahaja bisnes anda untuk meletup dan manusia berbondong-bondong akan join anda.

Monavie dan Strategi Laut Biru

Melakukan inovasi terhadap bisnes kita menjadikan kita unik sekaligus mengeluarkan kita daripada persaingan sengit antara pesaing yang sedia ada.Melakukan inovasi nilai merupakan salah satu langkah dalam Strategi Laut Biru. Di bawah ini merupakan sinopsis strategi yang boleh kita gunakan dalam bisnes monavie…

next>>Fokus kepada solution, bukan fokus kepada masalah…Every problem have solution and every solution begin with me

Biasanya Kita akan Menjumpai Short Cut setelah melalui Long Way

Adakah anda pernah menjumpai short cut setelah melalui long way? Ini biasa berlaku dalam perjalanan hidup kita sebagai manusia. Kita mungkin pernah melalui pelbagai jalan untuk menuju ke satu destinasi dan akhirnya kita berkata ‘ah-ha’ atau ‘oh-ho’, inilah jalan short cut untuk tiba ke destinasi tersebut.(seolah-olah keluar mentol bersinar dikepala).

Begitulah juga dalam bisnes monavie ini. Setelah kita melalui pelbagai jalan dan kesukaran,akhirnya barulah kita menjumpai formula untuk berjaya secara besar-besaran dalam bisnes ini.

Dalam al-Qur’an ada dinyatakan,

“Inna ma’a al-usri yusra”

yang bermaksud’

“Bersama kesusahan itu ada kesenangan”

Semakin lama kita berkecimpung dalam bisnes monavie ini, ianya menjadi semakin mudah dan berita baiknya, income anda juga menjadi semakin besar.

 P/s:Orang yang kemudian menyertai monavie lebih mudah dan cepat untuk berjaya kerana upline mereka telah berkongsi rahsia  ’short-cut’ ini.

Bayar 100% Komitmen dan Keluar dari Zon Selesa

Ramai orang mahu berjaya, kaya dan mencapai kebebasan kewangan. Tetapi hanya sedikit yang mencapai apa yang mereka inginkan. Ini

kerana hanya sedikit yang benar-benar komited untuk mencapaui impian mereka. Mereka melakukan segala-galanya(halal dan etika) untuk

mencapai kejayaan yang besar dalam hidup mereka. Kita semua ingin berjaya. Persoalannya, adakah kita 100% komited kepada kejayaan?

Adakah kita sanggup melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk impian kita menjadi kenyataan?

Orang yang berjaya dan kaya adalah orang yang suatu masa dulu sanggup keluar dari zon selesa-sanggup menahan malu, sanggup bersusah-payah dan sanggup berkorban masa,usaha,keluarga, tidur-rehat, berhibur dan lain-lain. Akhirnya kesusahan masa lalu melahirkan kejayaan hari ini.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bersusah payah menanam, akhirnya mengeluarkan buah berlori-lori banyaknya setiap tahun.

Apabila sudah berjaya, kesusahan dahulu sudah tidak terasa..Sepertimana penghuni syurga, apabila memasuki syurga kesusahan mengikuti perintah Tuhan sewaktu di dunia langsuang tidak terasa…

Formula Berjaya Yang Sangat Efektif!!!

Kali ini, saya ingin berkongsi kata-kata motivasi dari Tony Robin iaitu..

The Path to Success is to Take Massive Focused Action” – Tony Robbins

Apa yang penting di sini adalah “massive focused action” iaitu melakukan sesuatu tindakan secara besara-besaran dengan fokus.

Untuk berjaya dalam bisnes jus monavie ini, bukanlah satu jalan yang mudah. Pada peringkat permulaan anda perlu bekerja amat keras dam perlu mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang tinggi.

Ramai yang tidak tahan dengan rintangan di peringkat permulaan berhenti di separuh jalan.

This world is full with starters and very few finishers

Mula-mula ramai yang  join monavie tetapi oleh kerana hangat2 tahi ayam, mereka berhenti separuh jalan. Mereka kata tidak boleh buat sedangkan mereka tidak buat!

Adalah sesuatu yang memalukan sesuatu yang kita kata tidak boleh buat sedangkan ramai orang boleh melakukannya.

Di sini saya ingin berkongsi dari analisa saya tentang jangka semangat ahli-ahli monavie.

I hari

1 minggu

1 bulan

1 tahun

Maksudnya ada yang bersemangat masa mula-mula join tetapi 1 hari sahaja. Lepas tu call2 , tak angkat telefon. Ada juga satu minggu sahaja bersemangat siap cakap nak buka stokis, tetapi selepas itu senyap. Ada juga yang bersemangat sebulan, selepas itu ghaib. Bagi ahli-ahli yang bertahan selama setahun, kebanyakan mereka mengecapi kejayaan dalam bisnes monavie ini. Sebenarnya 1 tahun pertama hanyalah tempoh belajar, kalau tengah belajar pun dah quit, macamana nak berjaya…

Masa sangat berharga. Ramai yang rugi masa sekiranya tidak guna strategi yg betul berjumpa prospek. Slps buat temujanji, 2 jam sblm bjumpa kita perlu call tlebih dahulu untuk confirm. Harini saya telah rugi masa kerana bila saya dah sampai di one utama damansara , akhirnya dia kata tak jadi sebab ada di tempat lain. Kalau saya call dulu 1 jam sblm dtg, tentu tak jadi begini. Satu pengajaran buat saya dan anda